Suka blog AisyahAzman?

Thursday, June 2, 2016

Tips Masuk Universiti #PartTwo

//Assalamualaikum and hi guys\\

Hi! How are you readers?! 

I feel too happy as I am in study week beginning from today! *and hectic week actually errr*
Ok, before this, pernahlah aku ni gatal-gatal terfikir nak share Tips Masuk Universiti #PartTwo kan?
So, disebabkan aku rasa harini aku free, aku nak aaa share lagi Tips Masuk U untuk adik-adik yang baru masuk Asasi, Tamhidi, Matrik, Diploma and even Form 6 (bukan tips belajo weh).

Aku nak cerita pasal Tips Cari Kawan yang Betul :)
sebab ada yang minta aku cerita kat komen post sebelum nih. 


Ok dek, ehem ehem testing testing. 

Dok kat Universiti / Kolej or where ever, sometimes kena belajar jadi selfish. *sigh*
kehkeh takde aaa. 

Nak cari kawan yang betul ni senang je. 
Waras, tak gila, berakal. Ok ah tu kan? hehe. 
Actually, susah gila nak cari sahabat yang ada masa susah senang kita. 

Bagi hakak lah kan (ceittt hakak), carilah kawan yang senang hati dan ringan tulang bila nak buat esaimen (assignment). In my opinion lah kan, kalau kawan kau sanggup berkorban 28 jam sehari semata-mata nak siapkan esaimen group and cover kerja kawan lain, ha dah cukup baik dah kawan gitu! 
Persoalannya apa kaitan esaimen dengan kawan? 
Tak, point aku sekarang ni ialah BERKORBAN. 
see? ke still blur blur lagi? 
sebab tak semua orang ringan tulang nak menyusahkan diri sendiri demi kepentingan kawan lain.
tak caye? cuba korang observe kawan sekeliling korang tu nanti k?

Ok lepastu, 
cuba kau buat-buat takde duit. Or sometimes, memang time kau tengah sengkek gila. (bukan sengkek sekali dua tapi berulang-ulang kali).
cuba perhatikan siapa manusia yang caring dengan kau. 
Kalau ada kawan yang sanggup share semangkuk maggi dengan kau even kawan tu pun tengah sengkek, kalau ada kawan yang sanggup hulur duit tanpa minta kau ganti semula duit dia tu, he/she is THE ONE! the one of your true friend. (jangan pulak kau ambil kesempatan kat kawan kau tuh!!)
Nampak simple je point tu kan tapi actually susah nak jumpa kawan macamtu sobssss.

Dan yaaaaang last untuk #PartTwo nih,
korang tengok ea bila time korang demam or tak sihat,
siapa manusia yang selalu terkejar-kejar bagi kau makan ubat, minum air, belikan makanan minuman dan segala keperluan kau masa tu? 
Lagi advance, siapa manusia yang sanggup lapkan muntah kau selain mak ayah kau masa kat tempat belajar nih. And! Siapa yang sanggup bersengkang mata dodoikan kau sebelum tidur em emm *sinis*.
Tak semua sanggup beb. 

Aku ni dulu kan ada kawan yang betul-betul selfish. 
Selfish terang-terangan pulak tu. 
Dia jenis orang yang taksuka bila kawan dia sakit. 
Dia memang kata dah kat aku yang dia jenis taksuka tolong orang fuuuuu pelik! dan jujur~
Dan sampai aku pun pernah nekad untuk jadi selfish MashaaAllah nasibbaik cepat sedor diri ekekeke.

Maka nyaaaaaaa, cari kawan tu memang mudah, tapi nak jumpa sahabat weh susah! 

Once you masuk universiti, please be an independent student! 
jangan cengeng (kuat nangis) kbye.

With love,
AisyahAzman

Friday, May 6, 2016

"Pickuplines" yang agak canggih tapi gagal haha!

//Assalamualaikum and hi guys\\

Uish cuti sabtu ahad macam sekarang memang membuatkan aku rasa malas bebenau oi!
Tapi disebabkan aku rajin nak meng-update blog, maka bertaiplah pulak aku pada pagi yang sungguh indah ini ewahhhhh. 

''Cia cia cia'' ?
Trend betul kan sekarang yang dok "cia cia cia" kan? 
Tapi, cuba korang cek kat "pickupline" canggih tapi gagal , sebab ada bebebebebebeberapa (ha eksaited taip) benda yang buat pickupline gagal weh.
Siapa nak ngorat aweks tu make sure usha usha sikit link tu.
Jangan sampai failed pulak nanti time nak ngorat awek hidung mancung pipi tersorong-sorong hiks.

Aku pun saje je menggodek blog sana sini, jumpa pulak ''pickupline'' canggih tapi gagal ni ha, alang-alang macam comei je makanya aku pun meng-share lah kat sini.
pssst bukan sebab aku nak ngorat pakwe sebabtu aku usha link tu hokai!
Engko jangan salah faham pulok!

Semoga rajinlah kau pun godek link tu beb sebab aku taknak aaa terhibur sorang sorang kehkehkeh. 

Ok, next entry will be tonight or tomorrow or tomorrow tomorrow and tomorrow ehe. 

Betul-betul malas nak taip nih. Mak aku dah panggil tu kat dapur. 
Nak settlekan kije kat dapur tu ha kang kalau malas berlanjutan, mak tak bagi aku kahwin oopssss hahaha. 


Monday, May 2, 2016

Tips masuk Universiti #PartOne

//Assalamualaikum and hi guys\\

Okey sekejap je dah bulan Mei 2016.
Esok lusa bulan Ramadhan lepastu Syawal lepastu ha mula lah adik kakak abang kelam kabut packing barang and settlekan segala urusan nak masuk Universiti/Kolej.
Congratulations lah buat adik kakak abang yang terpilih untuk further study tu ok?
Bagi sesiapa yang masih belum berpeluang, relaks, takdapat masuk universiti or kolej bukan penamat kehidupan.
Obviously ada rizqy lain menanti tu In Shaa Allah :)

Ok aku nak cakap sikit kat korang bakal mahasiswa/i, bila dah masuk tempat study nanti, first sekali JANGAN LUPA DIRI!
Sebab aku pernah jumpa pesen manusia yang terlampau bangga bila dapat belajar kat U. Motif? Annoying k annoying.
Takde apa yang nak dibanggakan sebab tu semua sementara je. Takde yang kekal.  
Jangan yakin sangat bila masuk U je, you will get the best future.
Oh kita merancang je terer dek, tapi tu pun memang confirm takdapat lawan The Best of Planner in our life(Allah).

Then, HATI KENA KENTAL! Be a tough person! Be a "sado" one!
Tough yang aku maksudkan bukannya kau tu mesti dok bertapa kat gym hari-hari sebelum masuk U.
Risau juga aku, jangan pula ada yang lepas baca entry ni terus tergopoh-gapah waze "port gym" aaaaa.
Achenggini(macamni), kat U or kolej or wherever tempat baru untuk kita, manusia ni pelbagai ragam (termasuk aku).
Ada manusia yang bertopengkan seton(syaitan), ada manusia yang tak berperikemanusiaan and ada juga manusia yang nama je manusia tapi time grouping and kena buat esaimen sama-sama, dia lah yang tibatiba jadi sekecil-kecil semut (tiba-tiba hilang entah ke mana pffffft).
Sebab itu, hati kena lah kuat sekuat kuatnya untuk hadapi manusia pelbagai pesen nanti ok?

K cukup ah setakat ni k?
Nanti aku sambung lagi untuk part seterusnya.
Ada aaa dalam 10 part lagi ekekekekekekekekekekekekekeke tipu.

Dear readers,
Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian dan semoga Allah ringankan segala beban kalian serta semoga Allah murahkan rizqy kita semua supaya kita dapat berkongsi rizqy bersama kelak In Shaa Allah.
(maaf andai ayat aku agak kasar, tapi aku lebih selesa taip gitewww) kehkeh.
Ok lepas baca harap boleh klik sekejap kat iklan atas tu ha. sekali klik je. Terima kasih (:

WithLove,
AisyahAzman

Sunday, April 10, 2016

Hiking to Broga Hill Semenyih!

//Assalamualaikum and hi guys\\

Hi readers! How are you today? 
Hopefully you're fine :)

So yeah, today i want to share about my first hiking experience!
Actually, beb ni festaim(first time) aku menjerumuskan diri pergi hiking! so memang jakun sungguh ni huhuhu.

As i told you just now, i was hiking at Broga Hill Semenyih/ Bukit Broga for the first time. 
Well, since study ni memang agak busy lah kot jadinya bila ada yang ajak pergi berjalan time aku tak busy, memang aku extremely excited and grab this chance ah kan. 

Ok, kitorang gerak dari USIM(tempat belajar aku) dalam pukul 5 pagi naik bas ke Broga Hill. 
I thought we were so early but then bila sampai je kat sana rupa-rupanya parking dah full sangatsangat and I ternganga duh! (it's normal actually sebab dorang nak tengok matahari terbit right tapi bila budak jakun baru festaim pergi hiking pagi-pagi buta then nampak full parking, hm memang gitu lah respons nyewww haih).

Setiap kurang daripada 5 minit hiking, confirm aku rehat kejap (so annoying hah!)
Haaa engko nampak tak pesen aku ni cemna hahadoi.
Ibrahnya, malas macammana pun kita ni, exercise lah selalu ea, kalau tak memang cepat terkulai bila buat aktiviti lasak sikit je padehal heh.

Dekat sejam lebih gak aa kot aku dengan kengkawan nak sampai ke atas. 
Boleh je sampai lagi awal kot weh ekeke. Mana taknya, rehat kejap je bergambor rehat kejap je selfie. Doyai.
Weh ada budak kecik dengan mummy daddy dia hiking sama dengan aku, tapi budak kecik tu punya semangat fuhhh buat aku malu weh. Laju gila hiking. Mummy daddy dia pun macam dah taklarat bebenor dah.
Makan apa ko dek banyak sangat tenaga? lol.

Ok akhirnya! Boleh aa thumbs up kat diri sendiri sebab mampu hiking walaupun takat Broga Hill. 
Lepasni boleh aa aku ajak hasben(husband) aku hiking Gunung Everest, Gunung Kinabalu cewah kahwin pun belum hek eleh hek eleh.

Hah aku nak share sikit aa gambar aku atas Broga Hill tu. 
Ko kalau nak aku semangat buat benda benda gini, umpan je aku cemni "Aisyah cepat sikit cepat! Kan nak amek gambor kat atas tuuu!" sebut je pasal bergambar memang buat aku semangat lain maciam sikit hahaha nasiblah nakkkkk!

 orang-orang yang exactly macam semut zzzzz


A view from first top of Broga Hill 

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar! Sungguh indah ciptaanMu Tuhan.

ini extremely excited terang-terangan 

kalau saya jatuh, ada prince charming sambut tak agak-agak? *blushing*

agak-agak lepasni berat kita boleh sama ringan tak kakain? (thats cute girl named KakAin)! 
my hiking friend and my classmate too!

ok kitewww nak joget ni guyssssssssssssss

 burung belakang tu pandai pulak photobomb. ok kalau joget mesti menghayati ok?

sekian 'joget'an atas perbukitan hik!

Cukup cukup sudah pengalaman first hiking at Broga Hill! 
Lepasni nak beli private jet ah senang sikit nak sampai ke puncak k berangan kbye.

Too exhausted and too excited!

With love,
AisyahAzman.


Saturday, January 30, 2016

Abahku Hero! Tapi Abah Alzheimer?

//Assalamualaikum and hi guys\\

Aku dari baby lagi memang maklong paklong yang jaga. 
Tapi aku takpernah panggil dorang paklong maklong. 
Since aku pandai bercakap lagi aku panggil dorang MAK ABAH. em exactly! thats special calling for both of them as they're my second parents hiks! 
Where are both of my parents? O both of them tinggal berasingan dengan aku, and setiap kali public holiday, family aku memang akan datang jenguk aku kat sini (rumah paklong maklong).

Abah (paklong). Abah special sangat!
Abah sorang je yang panggil aku dengan nama INTAN. sebab abah kata aku berharga macam intan permata bagi abah. too sweet abah! sweet! nak guna nama Intan lah untuk entry ni sebab dah lama abah tak panggil lagi nama tu :') 
Abah tahu tak abah hero Intan? Intan tahu, abah takkan baca apa yang intan taip ni. Tapi Intan nak cakap juga, ABAH HERO! ABAH HERO! ABAH HERO!

Abah takpernah naik tangan kat Intan kan? even abah marah macammana pun, mulut je berbunyi, tapi takpernah sebat. Abah penyabar sungguh!
Abah selalu pujuk Intan bila Intan merajuk. Kalau dulu, bila Intan ajak pergi kedai je, abah bawa terus tanpa alasan, bila sampai je kedai Intan lari-lari turun dari motor, abah perhati je. Abah kata "Nak amek apa-apa, amek je lah Tan."
Lepastu, sedozen coklat, gula-gula, chikedes, aiskrim, entah apa-apa lagi junkfood yang Intan ambil, abah kata ok je lepastu abah bayar semua. Nasibbaik makcik kedai tak bagi kita guni buat isi segala macam benda tu kan abah kan? haha. 
Bila time hujan masa sekolah rendah dulu, abah takkisah pun datang awal berhujan, lepastu tunggu je Intan keluar dari kelas kan abah? 
Tiap kali balik sekolah, abah mesti dah tunggu kat depan sekolah. Kadangkadang, abah datang paling awal padehal abah tahu lagi 15 minit kelas Intan habis. Sebab abah taknak Intan jalan kaki. Kan abah? 
Abah abah, dulu kita suka tengok cerita P. Ramlee sampai tengah malam kan? Abah tengok sambil baring lepastu bila abah terlelap je, Intan kejut abah suruh tengok juga. Abah tak marah. 
Abah duduk juga tengok cerita tu sekali sampai habis. 

Bila dah sekolah menengah, Intan nak masuk asrama, abah sedih, abah nangis. Abah ingat lagi tak? Kelakar je masatu. Masuk asrama je pun abah ui ekeke. 
Intan dah pandai bawa moto! Setiap kali Intan nak berjalan, abah mesti pesan, JANGAN PERGI JALAN RAYA SANA! JALAN JALAN KAT KAWASAN SINI JE. 
Tapi abah, Intan degil! Intan tak dengar kata, Intan bawa motor laju laju lepastu lumba ramai-ramai. 
Allah bayar cash! Intan accident. Kawan-kawan hantar balik rumah, Intan terus minta maaf kat abah tapi abah tak marah. Abah cakap elok-elok. 
Abah tengok luka Intan sana-sini. Abah tolong emak ubatkan Intan. Abah tolong Intan berjalan tapi Intan takboleh. Tisu lutut Intan koyak! Abah tolong angkat Intan masukkan dalam kereta lepastu hantar pergi klinik. Abah tak kuat tapi abah kuatkan juga.

Tahun 2016, abah tak sihat dah masuk tahun keempat. Abah dah tua. Umur abah dah 80 tahun.
Abah dah takpernah panggil nama Intan. Abah lupa tak kenangan kita? 
Abah tahu tak yang Intan dah nak kahwin? 
Kalau abah sihat, mesti abah dah interview bakal menantu abah tu. Mesti abah suka. Abah suka kan abah kan? Abah kan peramah. Abah tanya lah dia macam-macam.
Abah, even sekarang abah takkuat, abah dah lemah, abah dah lupa Intan, takpe. Intan tetap suka sebab abah still nak makan macam biasa. Abah jangan takmakan tau. Nanti Intan sedih.
Abah lupa eaaaaaaa abah kan taksuka bila Intan sedih. 

Abah, Intan tak sempat nak share cerita macam mana Intan kenal bakal menantu abah tu, kenapa Intan pilih beliau. Intan takdapat nak cerita sebab Intan tahu abah kena rehat. Abah taklarat nak dengar banyak sangat cerita. Nanti abah penat. Intan taknak abah penat. 
Abah, In Shaa Allah beliau mampu jaga Intan dengan baik. Abah doakan Intan ea.
Abah sihatlah cepat abah! Abah duduklah bercerita dengan Intan! Intan tunggu abah sihat ea abah. 
Banyak sangat cerita yang Intan nak cerita ni. :'\

Abah Alzheimer? Yes, abah alzheimer. Abah tak ingat yang Intan ni dah nak kahwin.
Abah ingat yang Intan still sekolah rendah. Abah ni kelakar tahu tak?
Kadang-kadang abah tanya "harini takpergi sekolah?" Abah, intan dah 21 tahun dah sekarang. Intan tengah cuti semester. Intan dah tak sekolah dah bah. hehe.
Intan masuk U. Kalau abah ingat, mesti abah suka sangatsangat kan? Sebab dulu, abah suruh Intan belajar pandai-pandai sampai masuk U. And now, I did it!
Kalau abah sihat, mesti Intan ajak ajak ajak ajak juga abah tengok U Intan. Abah mesti suka.

Dulu, masa UPSR , Intan dapat result, abah hadiahkan Intan motor. Sampai sekarang motor tu lawa lagi bah. Intan janji akan jaga motor tu elok-elok!
Intan akan gunakan motor tu je, taknak motor lain!
Masa PMR, Intan dapat result, abah bagi Intan sejumlah RM. Intan taknak pun tu semua. Cukup bangga Intan masatu bila kejayaan dikongsi dengan mak abah n family.
Masa SPM, Intan jatuh. Abah dah start sakit. Dan hakikatnya, result Intan memang cukupcukup makan. Balik je rumah, tengok abah tidur je, abah takkan tahu dah apa yang jadi lepasni.
Tapi mak? Mak sedih tau abah bila tengok result Intan. hmm.
Kengkawan masuk U, Intan STPM je abah. Intan rasa taknak belajar. Tapi Intan takboleh berterusan sedih. Mak still nak tengok kejayaan Intan.
Alhamdulillah, Intan bangkit dan mampu buat mak tersenyum even abah? Tetap takfaham apa-apa.
Right now, Intan kat U, tapi abah takpernah tengok macam dedulu masa Intan sekolah. Takpe bah.
Ada sorang lelaki berjiwa abah abah sangat selalu juga jenguk Intan. Beliau ganti abah. Beliau ikutkan je kehendak Intan. Beliau banyak mengajar Intan. Beliau orang yang sabar sangat. Macam abah!

Intan saaaayang abah. 
Sayang level gilagila punya lah!
Semoga Allah berkati perjalanan abah sepanjang hayat abah. 
Intan harap. 
Sekian daripada seorang intan payung abah yang rindukan abah. 

With Love,
AisyahAzman.